Monday, August 1, 2011

Berubah atas kerelaan diri sendiri .

Awak ! Kenapa lupakan awak tu paling susah dalam hidup kita  ? Kenapa mesti setiap saat setiap minit ada sahaja benda yang buat saya teringat kat awak ? Kita memang nak move on sebab kita tahu yang kita takkan pernah dapat awak balik that why kita tak pernah mengharapkan apa apa dari awak . Lagipun, kita tak layak untuk awak atas kesalahan yang pernah kita buat dekat awak dulu . Kita minta maaf macam mana pun kita tahu awak takkan pernah maafkan kita .

Pada hari jumaat yang lepas, saya telah berubah atas keinginan diri saya sendiri . Hajat saya untuk memakai tudung sebenarnya telah lama dari tahun lepas tapi baru sekarang saya dapat tunaikan . Saya berubah atas keinginan diri saya sendiri . Saya bukan berubah disebabkan orang lain . Kalau selepas ini ada sesiapa yang kata saya berubah kerana awak .Mungkin ada betul mungkin juga salah kerana sejak kita break kita memang dah banyak berubah . Kita berubah kerana semasa saya bersama awak .Awak banyak ajar kita macam macam  . Kita banyak belajar dari kesilapan yang dulu kita pernah buat kat awak . Walaupun kita berubah awak bukannya boleh nampak lagi, kita tahu tu . Tapi apa salahnya kita berubah untuk hidup kan . Betul tak ? 


Kita nak minta maaf kat kawan kawan kita sebab kita tahu perubahan ini banyak memberi kelainan kepada diri kita . Kita tahu awak semua tak suka tengok kita berubah, tak suka tengok kita bersedih disebabkan dia . Tapi kita nak mencuba dan akan selalu mencuba untuk lupakan dia . Kalau lupakan seseorang itu senang macam makan kacang kita takkan rasa keperitan sekarang ni . Kita tak nak hampakan kawan kita sebab diaorang lah yang selalu ada untuk kita bila susah dan senang dalam hidup ini . Tapi kawan tolong kita and bagi kita masa untuk lupakan dia . Kita pun tak nak tengok diri kita macam ni, kita dah penat macam ni . Kita dah tak larat kalau boleh kita nak mati je sekarang ni .



No comments:

Post a Comment